Isu Panas

Muktamar usul kutuk hukuman mati Mursi, Qaradawi

KUALA SELANGOR – Muktamar Tahunan Pas ke-61 hari ini meluluskan usul mengutuk hukuman mati oleh Mahkamah Mesir ke atas bekas Presiden Mesir, Dr Muhammed Mursi serta Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia, Profesor Dr Yusuf Qaradawi.

Usul antarabangsa itu dibawa oleh Muslimat Pas, disokong oleh perwakilan Pemuda Pas, Dewan Ulama dan Muslimat mendesak campur tangan negara Islam seperti Turki, Arab Saudi dan negara-negara OIC, mengambil apa juga langkah memastikan keadilan ditegakkan dan penghakiman disemak semula.

Wakil Muslimat, Zalina Zakaria mendesak Kerajaan Malaysia menyatakan bantahan kepada Kerajaan Mesir sebagai langkah tegas terhadap perkembangan terbaru itu.

“Tiada kesalahan jenayah dilakukan Mursi, tetapi dituduh menghasut. Oleh itu, Malaysia perlu menyatakan bantahan lebih tegas kepada Kerajaan Mesir,” ujarnya.

Beliau juga menggesa Pas memainkan peranan lebih pro aktif dalam menangani isu bersama dengan negara dan pertubuhan Islam seluruh sedunia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");