Panasnya Hari Ini

PAS Sedia Ruang Untuk Tun Mahathir Berbicara

KUALA LUMPUR: PAS sedia menyediakan satu ruangan khas buat Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ulasan dan berucap berikutan insiden di dalam forum Nothning2 hide semalam.

Memetik sumber daripada laman portal The rakyatpost hari ini, PAS dikatakan memberikan peluang dan ruang kepada mantan perdana Menteri itu memberi ucapan.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas dalam ucapannya dengan menceritakan semula kejadian Dr Mahathir diarahkan berhenti dari berucap di hadapan para hadirin pada sesi dialog forum berkenaan yang sepatutnya sepatutnya turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi ceramah dengan penyokong PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor di mana Muktamar tahunan parti itu sedang berlangsung kini.

“Saya kasihan Tun Mahathir. Beliau adalah pemimpin negara kita dan dia seorang lelaki tua.

“Dia tidak boleh dilayan dengan cara itu, untuk diberitahu melangkah turun dari pentas dan diiringi keluar, itu tidak perlu.

“Jika dia mahu bercakap, kami bersedia untuk membiarkan dia bercakap di atas pentas kami. Selain itu, isu-isu yang beliau bercakap itu adalah isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat,” menurut laporan The Rakyat Post lagi.

Progam yang berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  semalam menjadi kecoh  apabila sesi dialog yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi itu tidak berlangsung seperti yang dirancang dan Mantan perdana menteri juga dihalang bagi meneruskan ucapannya.

Najib juga yang dijangka tiba pada jam 9 pagi turut tidak kelihatan hadir di majlis berkenaan.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya berkata polis diarahkan supaya dialog tersebut dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");