Laporan Eksklusif

Najib Lancar Saluran TV GOASEAN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan saluran televisyen baharu khusus untuk mempromosikan sektor pelancongan di 10 negara anggota ASEAN hari ini.

Saluran televisyen itu boleh ditonton oleh orang ramai menerusi saluran 737 Astro GOASEAN.

Memetik laporan daripada mStar, saluran tersebut itu juga akan bersiaran selama 24 jam bakal menyiarkan program-program yang berkaitan destinasi pelancongan di Negara-negara asean.

Antara intipati yang akan disiarkan akan meliputi segmen membeli belah di atas talian, sukan, muzik, festival dan makanan.

“GOASEAN menyediakan peluang yang sempurna untuk menyiarkan manfaat rantau ini kepada khalayak yang lebih global,” katanya semasa melancarkan saluran itu di sini, hari ini.

Kata Najib lagi, GOASEAN mempunyai potensi besar untuk berkembang dan dijadikan platform antarabangsa dengan menawarkan program-program mengenai kesemua 10 negara anggota ASEAN.

Katanya lagi, ia turut membantu mempamerkan ASEAN sebagai destinasi berdaya saing di peringkat global untuk perniagaan dan pelancongan.

GOASEAN merupakan sebahagian daripada matlamat Malaysia sebagai pengerusi badan serantau bagi tahun 2015 untuk mempromosikan Asean.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");