Isu Panas

Parti serpihan tidak mampu tahan lama, jika yakin teruskan – Naib Presiden PAS

KOTA BHARU, 24 Jun:
Sejarah sudah membuktikan parti serpihan biasanya tidak mampu bertahan lama dan perkara itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang berhasrat mahu menubuhkan parti tertentu.

Namun begitu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan sebagai sebuah negara demokrasi tidak ada orang yang boleh halang penubuhan parti atau menghalang mana-mana individu menyertainya.

Beliau berkata sejak dahulu iaitu di zaman Datuk Onn Jaafar, zaman Semangat 46 (S46) malah parti Hamim iaitu serpihan daripada PAS sendiri juga tidak mampu bertahan.

“Sejarah sudah membuktikannya dan sepatutnya dijadikan iktibar. Tetapi sekiranya yakin teruskanlah kerana kita tidak boleh halang dan bukannya kuasa kita,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai parti yang bakal ditubuh itu, Mohd Amar berkata ianya sesuatu yang masih baru dan terlalu awal untuk diulas.

“Partipun tak tubuh lagi dan siapa yang hendak memimpinnya. Apa matlamat (penubuhan) mereka namun sekiranya yakin… buatlah,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ada ‘nama besar dalam PAS’ yang kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu menyertai parti baru yang dikatakan bakal ditubuhkan itu, Mohd Amar secara peribadi berkata mereka sepatutnya hormati pandangan setiap perwakilan muktamar.

“Ada 1,200 perwakilan pada muktamar dan sekiranya keputusan lalu mahu difitnah takkanlah perwakilan seramai itu boleh diperbodohkan dan seolah-olah kita memandang rendah keupayaan perwakilan,” ujarnya.

Sementara itu mengulas mengenai hubungan DAP, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan apa yang berlaku tidak boleh diletakkan kesalahan ke atas PAS.

Katanya, DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan pihak di Sabah seterusnya pula dengan Presiden PAS sendiri.
“Jangan salahkan PAS. Kena adil. Jangan nampak kesalahan PAS sahaja sebab bukan PAS yang memulakannya.

“Macam soal hudud…ini memang perjuangan PAS sejak dari dulu lagi. Jangan meletakkan kesalahan kepada Dewan Ulama atau presiden. Harap rakan-rakan yang kekal tetap berjiwa besar,” katanya.

-http://bm.therakyatpost.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");