Jenayah

Seorang lelaki, wanita ditahan miliki pistol

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan wanita serta merampas sepucuk pistol daripada mereka di Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat Batu Pahat, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata lelaki berumur 36 tahun dan wanita berumur 24 tahun itu ditahan pada 4.15 pagi oleh sepasukan polis yang membuat pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki mereka di laluan berkenaan.

“Selain pistol tanpa permit, polis turut merampas satu kelopak peluru, lapan butir peluru, 10 biji pil Eramin serta lima paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu daripada mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah.

Katanya lelaki dan wanita berkenaan kini ditahan lanjut untuk siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen atau permit.

Dalam kes lain, Rusli berkata pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 53 dan 69 tahun kerana memiliki sepucuk revolver bersama 11 butir peluru tanpa permit di Jalan Mersing-Kluang, dekat Kluang, dua hari lepas.

Menurutnya, semakan rekod mendapati seorang daripada lelaki terbabit mempunyai rekod dikehendaki polis berkaitan kes bunuh di Kampung Gajah, Kluang, pada tahun 1986.

Katanya kedua-dua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");