Jenayah

Pemilik Plaza Rana didakwa membunuh

DHAKA – BANGLADESH. Pemilik kompleks Plaza Rana bersama 40 yang lain didakwa atas tuduhan membunuh selepas bangunan di Savar, Bangladesh, itu runtuh dan meragut lebih 1,100 nyawa, dua tahun lalu.

Ketua hakim di sebuah mahkamah negara itu menerima kertas pertuduhan secara rasmi daripada polis terhadap pemilik kilang Sohel Rana, 35, dan mereka terlibat dalam insiden runtuhan itu.

Ketua penyiasat Bijoy Krishna Kar memberitahu, pihaknya telah mengemukakan dakwaan membunuh kepada 41 orang termasuk pemilik bangunan, berikutan runtuhan Plaza Rana pada April 2013.

“Ia adalah bencana industri terbesar dalam sejarah Bangladesh. Kesemua 41 mereka mempunyai tanggungjawab bersama untuk pembunuhan lebih 1,000 orang yang tidak bersalah,” katanya kepada ABC.

Mereka juga dituduh mengabaikan amaran yang tidak membenarkan pekerja memasuki bangunan terbabit sehari sebelum ia runtuh walaupun terdapat aduan mengenai keretakan dinding.

Antara lain dituduh termasuk tujuh pemilik kilang individu yang ditempatkan di dalam kompleks berkenaan, dan 12 pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan serta pemeriksaan bangunan.

Selain itu, Rana dan 17 lagi turut didakwa melanggar kod bangunan enam tingkat yang pada mulanya diluluskan sebagai pusat beli belah, menjadi sebuah kompleks kilang sembilan tingkat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");