Laporan Eksklusif

Kerajaan Tidak Benarkan Ektremis Agama Cetus Konflik Perkauman – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan ektremis dalam mana-mana agama di negara ini mencetuskan konflik perkauman.

Ujar beliau, terdapat sesetengah pihak telah menyalahgunakan faktor keagamaan bagi mencapai matlamat mereka.

“Itu yang perlu kita hadapi, tangani dan tolak secara total,” katanya memetik laporan mStar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Majlis Jamuan Perdamaian dan Harmoni Kebangsaan sempena pelancaran Christian for Peace and Harmony in Malaysia Movement (CPHM), di sini, malam tadi.

Menurut Najib lagi, meskipun ruang demokrasi wujud dalam sesebuah negara, namun, ianya mempunyai had dan proses tersebut mestilah tidak membawa kepada konflik.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu memiliki asas yang sama bagi penyatuan semua dan tiada satu pihak mana pun berhak dipanggil ‘pendatang’ sambil merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan, PERKASA.

“Saya percaya, PERKASA juga ada di sini. PERKASA, di mana kamu, saya harap kamu akan berlembut sedikit,”katanya.

Beliau juga percaya, perbincangan yang dilakukan bersama bagi menyelesaikan sebarang ketidakfahaman adalah langkah terbaik berbanding bertelingkah dengan memanggil dengan nama yang tertentu.

Najib juga berharap agar semua pihak tanpa mengira agama, bangsa serta latar belakang dapat bekerjasama untuk mengekalkan keistimewaan yang terdapat di negara ini.

Tegasnya, semua pihak tidak seharusnya menggadaikan kemakmuran dan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara pada masa ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");