Perak Hari Ini

Perak Tewaskan Sarawak 3-1

IPOH: Pasukan Perak berjaya menewaskan pasukan Sarawak dengan jaringan 3 mata penuh dalam aksi perlawanan pertama untuk pusingan ke-2 saingan Liga Super 2015 hari ini.

Pasukan Sarawak hanya selesa dengan memperoleh satu gol dalam aksi sebentar tadi.

Pasukan Perak berjaya mendahului dengan satu gol pembukaan oleh Charles souza chad pada minit ke-11.

Sementara itu, Perak terus mengorak tangkas mendahului dengan jaringan gol kedua pada minit-33 oleh Charles souza chad.

Perlawanan 45 minit masa pertama turut memperlihatkan Perak selesa mendahului 2 gol sementara Sarawak masih belum berjaya memperoleh peluang menjaring sebarang gol.

Manakala pada separuh masa kedua, memperlihatkan Pasukan Sarawak melalui Billy Osman Mehmet berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan itu pada minit ke-48.

Namun Perak pula terus mengasak dengan jaringan gol ketiga oleh Woong Namkung pada minit ke-60 menjadikan pasukan The bos Gaurus selesa mendahului dengan 3 gol dan Sarawak 1.

Kejayaan Perak kali ini berjaya membawa pasukan The Bos Gaurus ke tangga keempat dalam aksi Liga Super 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");