Perak Hari Ini

Persatuan Guru SMAN, SMTDR Perlu Jadi Platform Penyampaian Maklumat

BUKIT MERAH: Persatuan Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) perlu dijadikan platform untuk menyampaikan maklumat-maklumat tentang perkembangan sekolah untuk dikongsi bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, persatuan tersebut perlu dikukuhkan lagi supaya ianya mampu menghimpunkan aktiviti-aktiviti secara bersama melalui Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
PERAK TODAY 9
“Persatuan guru-guru ini perlu wujud sebagai platform untuk mereka menyampaikan maklumat-maklumat tentang perkembangan sekolah juga input-input itu boleh dikongsi bersama dengan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Multaqa Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Islam Perak 2015 di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila SMAN dan SMTDR telah mencapai prestasi yang memberansangkan yang mana ianya telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Daripada segi prestasi mahupun rekod, SMAN dan SMTDR telah banyak melahirkan lepasan pelajar-pelajar yang berjaya untuk berada di institusi-institusi pengajian tinggi sama ada dalam mahupun luar Negara dengan asas aset ilmu yang diajar oleh guru-guru di sekolah berkenaan.

“Mereka juga telah banyak mencapai kejayaan yang bukan hanya diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, tetapi hingga ke peringkat antarabangsa,” ujar beliau lagi.

PERAK TODAY 1

Tambahnya, kejayaan tersebut mampu dicapai dengan adanya semangat dan kekuatan yang terdapat di dalam diri guru-guru.

“Guru-guru kita mestilah berganding bahu dan bersama-sama untuk melonjakkan perkongsian maklumat,” katanya.

Hampir 270 orang guru telah hadir di dalam majlis Multaqa Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak 2015 yang berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");