Perak Hari Ini

Pertubuhan Peladang Kawasan Perlu Laksanakan Tanggungjawab

SEBERANG PERAK: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) harus melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan petani-petani di kawasan mereka mengubah sikap untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihak berkenaan seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin.

Ia dalam memastikan dapat meningkatkan status sosial para petani demi kesejahteraan kehidupan mereka.

“Pimpinan PPK jangan lupa, terlepas pandang atau lalai mengenai tanggungjawab serta peranan mereka sebagai pemimpin peladang.

“Hal ini demikian kerana, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk meningkatkan kedudukan ekonomi, sosial dan kesejahteraan petani atau rakyat,” katanya.

PERAK TODAY 2

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian insentif program NKEA musim 1/2015 bagi kawasan pengairan Seberang Perak dan perasmian mesyuarat agung tahunan PPK kawasan Seberang Perak kali ke-37 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, PPK juga turut mempunyai peranan dalam memastikan pendapatan petani perlu ditingkatkan.

“Untuk mencapai sasaran itu, hasil padi perlu bertambah yang mana petani juga memainkan peranan untuk berubah sikap.

“PPK perlu membuat program-program yang boleh mengubah sikap petani-petani supaya menjadi petani yang mengamalkan amalan yang baik.

“Antaranya adalah petani mengikut disiplin dan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu air masuk, benih, tanam, pembajaan, menjaga penyakit serta penuaian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pegawai-pegawai pertanian,” ujar beliau lagi.

PERAK TODAY 1

Tegasnya, petani perlulah berdisiplin serta berilmu kerana petani yang berjaya adalah mereka yang berilmu.

“Peranan untuk membawa ilmu serta perubahan ini hendaklah dibawa oleh pemimpin masyarakat petani itu sendiri iaitu Ahli lembaga pengarah persatuan,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan replika cek yang berjumlah lebih daripada RM1juta kepada SPV PPK Seberang Perak dan menyampaikan insentif program NKEA kepada peserta yang terlibat.

Beliau juga telah menyampaikan anugerah kepada peserta yang memperolehi hasil tertinggi (NKEA) 2/2014 dan anugerah perkhidmatan cemerlang anggota PPK Seberang Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");