Sukan Hari Ini

PFAM iktiraf pemain bola sepak

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain bola sepak profesional.

Bermula Mei sehingga tamat musim Liga Malaysia 2015, seorang pemain daripada Liga Super atau Liga Perdana (yang turut bermain di Piala FA) yang menunjukkan prestasi yang terbaik setiap bulan akan dipilih melalui sistem undian secara online di www.pfam.my sebagai penerima anugerah tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, pemain yang dipilih sebagai pemenang boleh terdiri daripada pemain tempatan dan pemain import.

“Pemenang bakal menerima RM500, sebuah trofi dan gambar berserta bingkai pemain tersebut,” katanya.

Bagi Mei 2015, antara calon yang dipilih Jawatankuasa Pencalonan adalah Khairul Amri (Lions XII), Dickson Nwakaeme (Pahang), Austin Amutu (Kelantan), Wan Zaharul Nizam (Kelantan) dan Hairuddin Omar (ATM).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");