Perak Hari Ini

PKMM Perak Terus Dekati Golongan Memerlukan Sempena Ramadhan

IPOH:Sempena Bulan Ramadhan kali ini Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak memberi fokus kepada penganjuran aktiviti berunsurkan keagamaan dan kebajikan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Yang Di Pertua PKMM Perak, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, sumbangan disalurkan daripada dana persatuan sendiri untuk diagihkan ke setiap daerah.

“Kita telah menganjurkan program berbuka puasa dan pemberian sumbangan sebanyak empat kali dan terdapat enam program lagi di setiap daerah.

“Bagi program akan datang persatuan akan teruskan dengan menziarahi anak-anak yatim, rumah orang kurang bernasib baik dan fokus seterusnya selain di Perak kita juga akan ke kawasan Pantai Timur sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di Casuarina@meru dekat sini hari ini.

Ujarnya lagi, pemberian derma siswa kepada setiap pelajar cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah juga tetap diteruskan oleh pihak persatuan.

“Sebanyak 132 orang Pelajar cemerlang telah menerima RM1,200 tiap seorang bagi tempoh setahun melalui agihan duit yang disalurkan setiap bulan menerusi Pegawai Pelajaran Daerah sejak Januari lalu sehingga sekarang yang dipantau oleh pihak persatuan,” katanya.

Terdahulu pihak PKMM telah menyumbang sebanyak RM3,000 buat Rumah Tahfiz di Parit manakala pada 5 Julai ini pemberian sumbangan sebanyak RM20,000 bakal disalurkan menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bagi pembelian baju raya sempena syawal ini.

PERAKTODAY10

Pihak PKMM juga katanya,menerusi sebuah syarikat GLC bakal membangunkan sebidang tanah seluar 10 ekar untuk pembinaan rumah mampu milik di Gopeng.

Pembinaan 90 unit rumah tersebut dianggarkan berharga RM150,000 dengan keluasan seribu kaki persegi.

“Projek pembangunan di Meruraya telah siap setahun lebih cepat daripada tempoh yang dijangka iaitu sepatutnya siap pada November 2016  tetapi berjaya disiapkan pada November 2015.

“Projek ini telah berjaya dijual sebanyak 95 peratus manakala pembeli terdiri dari semua kaum dan kita akan serah kunci bulan November tahun ini,” katanya lanjut.

Pada majlis yang sama beliau menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al -Quran Qiraat Addin 7 dan kepada YBUDR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");