Sukan Hari Ini

United buat bidaan beli Ramos

LONDON, 30 Jun:
Manchester United dilaporkan membuat tawaran rasmi untuk pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.

United telah membuat tawaran £28.6 juta untuk pemain pertahanan Real Madrid Sergio Ramos, menurut Sky Sports News ‘Graham Hunter.

Ia adalah perkembangan terbaharu mengenai kemelut yang melanda pemain berusia 29 tahun itu juga dilaporkan bahawa dia mahu meninggalkan Real dan menyertai kelab di bawah kendalian Louis van Gaal itu.

Ramos menyertai Real daripada Sevilla pada 2005 dan menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika skuad Los Blancos mencatat kemenangan ke atas Atletico Madrid pada final Liga Juara-Juara 2014.

Beliau mempunyai 128 kaps bersama Sepanyol dan diletak dalam senarai kesebelasan utama ketika memenangi Euro 2008, Euro 2012 dan Piala Dunia 2010

Sergio Ramos sudah membuat 445 penampilan bersama kelab Real Madrid.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");