Perak Hari Ini

PM Sertai Majlis Berbuka Bersama Rakyat Di Segari

PERAKTODAY9

LUMUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berbuka puasa bersama sekitar 3,000 orang penduduk kampung sekitar yang bertempat di Masjid Al-Arfiah Kampung Batu 3, Segari di sini.

Orang yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara.

Beliau turut menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah di masjid berkenaan.

Najib yang memakai baju Melayu berwarna hijau turut menikmati juadah berbuka puasa bersama rakyat, di samping Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan para Exco Kerajaan negeri.

Perdana Menteri meluangkan masa selama lebih 30 minit sebelum beredar ke di Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menunaikan solat terawih bersama para jemaah yang terdiri daripada warga TLDM.

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan sekitar 15 minit ke Bazar Ramadhan Astaka di Sitiawan bagi bertemu rakyat dan membeli juadah berbuka.

Sejurus itu beliau turut bersama rakyat dan warga TLDM menunaikan solat Teraweh.

PERAKTODAY2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");