Sukan Hari Ini

PPBN: Sinar Dihujung Terowong, Perjalanan Masih Jauh – Khairy

KUALA LUMPUR: Kejayaan Pasukan Bawah 13 Tahun (B-13) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di Sepanyol pada Sabtu lalu dengan menjuarai Piala Iber Costa del Sol hanyalah satu kejayaan kecil.

Jelas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin, ia satu permulaan yang baik memandangkan PPBN baharu setahun sahaja dilaksanakan di bawah kelolaan Lim Teong Kim.

“Saya ucapkan tahniah kepada Teong Kim, semua pegawai terlibat dan juga pemain-pemain. Jelas sekali program ini sudah membuahkan hasil dari segi prestasi yang baik.

“Tetapi bagi saya dan Teong Kim keputusan itu tidak penting sengat sebab ia lebih kepada persediaan dan pembangunan. Kita nak lihat corak permainan yang berbeza daripada apa yang ada hari ini, nak lihat corak yang lebih teratur dan berkesan.

“Dan kita harap corak yang dipersembahkan oleh pemain-pemain muda ini kekal sehingga mereak bergelar pemain dewasa nanti,” jelasnya kepada media ketika ditanya mengenai perkembangan terkini PPBN selepas majlis berbuka puasa Kemneterian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Isnin malam.

Sinar Di Hujung Terowong

Menurut Khairy, yang penting kejayaan ini permulaan sahaja dan jangan terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan tersebut.

“Walaupun kita bangga dengan kejayaan itu, tetapi perjuangan mereka masih jauh. Dan tugas saya dan Teong Kim adalah untuk membinbing pemain-pemain ini supaya mereka tidak terpengaruh dengan elemen-elemen negatif yang boleh menyimpang fokus mereka dari bola sepak.

“Seperti mana saya pernah ‘Tweet’ sebelum ini, bagaimana Sir Alex Ferguson telah melindungi anak-anak buah mereka seperti Ryan Giggs, Paul Scholes, Nicky Butt, Gary Neville dan David Becham satu ketika dulu.

“Perkara sama yang perlu dibuat oleh Teong Kim supaya mereka ini tidak fikir benda lain dan hanya bola sepak. Bagaimanapun ia permulaan yang baik namun terlalu awal untuk membuat kesimpulan tetapi mungkin barangkali ada sinar dihujung terowong yang begitu panjang dan gelap ini,” katanya penuh bermakna.

Publisiti

“Publisiti dari segi liputan media kita tidak boleh halang kerana elok juga kita maklumkan kepada peminat-peminat sukan bola sepak dan rakyat mengenai perkembangan kerana sebahagian program PPBN adalah duit rakyat melalui peruntukkan kerajaan. Jadi kita lapor balik kejayaan dan perkembangan mereka.

“Namun janganlah kita mengagung-agungkan pasukan ini sebelum tiba waktunya. Masih jauh perjalanan mereka. Pasukan nak kena layak ke Piala Dunia Bawah 17 dan 19 tahun dan apabila ini berlaku mungkinlah kita kata kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Dan kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Apabila mereka balik nanti, saya akan ingatkan kepada mereka walaupun kejayaan manis, tetapi ia permulaan sahaja,” komennya mengenai publisiti terhadap pasukan.

Rancang Kerjaya

Dalam pada itu, Khary mendedahkan akan merancang satu laluan kerjaya bagi pemain-pemain yang terbaik dalam pasukan ini supaya mereka dapat pengalaman untuk bermain di liga antarabangsa luar negara.

“Saya gembira dapat pengikhtirafan oleh ejen bola sepak dan jurulatih pembanguan di Eropah. Ramai sudah tahu apa PPBN. Tetapi buat masa sekarang umur meraka baru 13 tahun dan terlalu awal untuk dihantar ke luar negara.

“Sekarang ini terlalu awal dan pandangan ini turut dikongsi bersama Teong Kim. Seperti yang saya jelaskan, ia terlalu awal dan sekiranya tidak dapat kekal prestasi, tidak akan ada makna dan sia-sia sahaja pelaburan ini.

“Kita akan kekalkan mereka di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari, Gambang yang akan beroperasi pada 2017.

“Apabila mereka sudah mencecah umur 16 atau 17 tahun barulah kita lihat pengalaman untuk hantar mereka ke luar negara. Saya tidak mahu mereka ada di sini, yang terbaik dari PPBN mestilah bermain di luar negara,” katanya.

Skuad B-13 PPBN kini dalam siri Jelajah Eropah dan dalam masa pemain-pemain muda ini turut menyertai perlawanan Piala Iber yang dianjurkan pada setiap tahun di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Portugal.

Selepas ini skuad muda negara bakal terbang ke Portugal bagi menyertai satu lagi kejohanan Piala Iber Estoril bermula 30 jun hingga 5 Julai ini.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");