Isu Panas

Putuskan hubungan itu hak Pas, kata DAP

SHAH ALAM – “Itu hak mereka dan kita akan tunggu sampai Muktamar Pas Pusat selesai dulu, lepas itu DAP akan buat keputusan,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata, DAP sudah menjangka keputusan seumpama itu akan berlaku dan diusulkan sendiri oleh Dewan Ulama Pas Pusat.

Malah katanya juga pendirian kepimpinan ulama parti Islam itu tidak mengejutkan pihaknya kerana DAP sudah dimaklumkan lebih awal tentang perkara tersebut.

“Kita tidak terkejut pun, memang ada ura-ura tindakan macam itulah.

“(Namun) kita nak tunggu dan lihat dulu selepas muktamar sama ada usul ini akan dibawa di peringkat Muktamar Pas Pusat atau tidak,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Usul tersebut dibawa oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik mendapat sokongan semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat ke-54, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak, semalam.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban bagaimanapun berkata lagi, beliau enggan mengulas lanjut usul tersebut, sebaliknya akan meneliti dan menyerahkan kepada DAP Pusat untuk membuat keputusan.

“(Usul ulama) perlu ada mesyuarat DAP Pusat untuk membuat keputusan bagaimana kita perlu respon kepada usul tersebut.

“Kita tidak akan buat mesyuarat tergempar, mungkin DAP akan buat mesyuarat, tapi belum ditentukan lagi, saya belum mendapat apa-apa arahan daripada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng),” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");