Jenayah

Sampah haram: Penduduk setempat kecewa

BENTONG – Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membuang sampah di tepi jalan sebagaimana yang berlaku di Laluan Jalan Lapan berhampiran simpang Kampung Lebu amat mengecewakan penduduk setempat.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Bentong, Yip Seng Lam berkata, pihaknya terkejut menemui sekumpulan sampah di kawasan terbabit.

“Tindakan membuang sampah di tepi jalan adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya tidak berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

“Ia bukan sahaja mencemarkan imej jalan utama Bentong dan Raub terbabit, malah turut boleh mendatangkan kepada pembiakan pelbagai jenis penyakit berbahaya,” katanya.

Seng Lam bersama seorang lagi Ahli Majlis, Wong June Chin justeru itu telah mengambil langkah bertemu dengan pihak Alam Flora bagi menyelesaikan perkara terbabit.

Namun begitu, beliau berharap agar kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

“Masyarakat tidak seharusnya mengambil sikap lepas tangan dengan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya sedangkan menjaga kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak harus dicontohi oleh masyarakat yang lain,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");