Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PR Tidak Lagi Wujud, Nik Abduh Bidas Kenyataan DAP

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PKR) tidak lagi wujud, beberapa jam yang lalu.

Menurut Nik Abduh, PR tidak akan berkubur kerana masih terdapat dua lagi parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, yang masih berada di dalam gabungan pembangkang tersebut.

“Tak habis. Pakatan akan kekal dengan dua parti. Kita dalam pakatan adalah gabungan parti.

“Selagi Pakatan ada lagi dua parti di atas, maka gabungan itu wujudlah,”tegasnya, memetik sumber laporan daripada Mstar.

Tambah Nik Abduh lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP itu hanyalah sekadar pandangan parti tersebut.

“Ia bergantung kepada PAS dan PKR. Pakatan ini gabungan dua parti ke atas,”katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Katanya lagi, pembubaran parti itu hanya boleh dibuat jika ketiga-tiga parti pembangkang itu bersetuju untuk membubarkan PR.

“DAP bebas untuk membuat keputusan, tetapi PAS akan membuat keputusan sendiri.

“Lebih baik tidak wujudkan tekanan terhadap PAS sehingga Majlis Syura bermesyuarat,”katanya.

Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, PAS akan turut mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai PR.

“Ketika ini, tiada sebarang kesimpulan dapat dibuat.

“Mesyuarat akan diadakan dengan kepimpinan tertinggi parti untuk membincangkan tindakan susulan,”kata Ahli Parlimen Temerloh itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");