Berita Hari Ini

TPP: Dahulukan isu pemerdagangan manusia

ISU pemerdagangan manusia merupakan antara perkara yang diberi perhatian berat di dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan Malaysia memandang serius perkara ini, demikian ulasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Mustapa, Malaysia akan memberi keutamaan kepada isu pemerdagangan manusia sebelum menandatangani TPP memandangkan rundingan perjanjian itu masih berjalan.

“Kita (Malaysia) memang memberi keutamaan melibatkan isu pemerdagangan manusia dan akan lakukan sebaik mungkin dengan menggunakan beberapa petunjuk untuk menyiasat isu ini.

“Bagi TPP pula rundingan masih berjalan dan bila keputusannya masih belum diketahui,” katanya ketika sidang akhbar pengumuman prestasi pelaburan Malaysia bagi suku pertama 2015, di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa, pada April lalu menyatakan Malaysia tidak teragak-agak untuk menarik diri daripada TPP jika pembentukan perjanjian itu tidak memberi faedah sepenuhnya kepada negara, meskipun setelah ditandatangani.

Selain Malaysia, rundingan TPP turut melibatkan 11 negara lain seperti Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Pada majlis sama, Mustapa mengumumkan Malaysia mencatat peningkatan 18.8 peratus pelaburan diluluskan bagi sektor utama, perkhidmatan dan pembuatan pada suku pertama 2015 bernilai RM57.4 bilion.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");