Sukan Hari Ini

Tsonga atasi Nishikori untuk ke separuh akhir

PARIS: Jo-Wilfried Tsonga meneruskan saingan di Terbuka Perancis dengan menewaskan pilihan kelima dari Jepun, Kei Nishikori dalam lima set untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Tsonga, pilihan ke-14, menang 6-1, 6-4, 4-6, 3-6, 6-3 dalam pertembungan selama tiga jam 45 minit di Court Philippe Chatrier.

Perlawanan itu terhenti lebih setengah jam dalam set kedua apabila kepingan logam layar besar video tertanggal ditiup angin dan mencederakan tiga penonton.

Mara ke peringkat separuh akhir untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun, Tsonga akan menemui Stan Wawrinka dari Switzerland selepas pemain pilihan kelapan itu mengejutkan Roger Federer.

Tiada pemain dari Perancis yang memenangi kejuaraan di Roland Garros sejak Yannick Noah pada 1983. – AFP

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");