Panasnya Hari Ini

Tun M, Tetap Pendirian Dasar Baharu Tidak Membawa Kebaikan

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendirian dan dakwaannya bahawa kebanyakan dasar yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini tidak mendatangkan kebaikan kepada negara.

Memetik sumber daripada Mstar, beliau berkata demikian ketika diberi kesempatan menyampaikan ucapan dalam majlis sesi dialog nothing2 hide yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya lagi, pemimpin nombor satu negara itu bertindak membawa dasar-dasar baharu ‘ciptaannya’ bagi menggantikan dasar  yang lama.

“Dia (Najib) terlalu tunduk kepada Singapura, Amerika, sedangkan nak buat kereta api laju pun perlu bertanya kepada perdana menteri Singapura.

“Jadi, adakah negara kita masih lagi dijajah. Saya nampak seolah-olah negara kita masih lagi dijajah.

“Rancangan dan polisi lama dibatalkan dan diganti dengan dasar-dasar baharu ciptaannya sendiri yang saya tidak bersetuju,” katanya,” menurut laporan mstar lagi.

Tambahnya lagi, tindakan mendiamkan diri berkenaan isu tersebut selamanya berikutan beliau tidak lagi mengalas jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya bukan perdana menteri, masa saya sudah habis. Ini masa Datuk Seri Najib dan saya tidak harus ganggu. Dan saya bertahan hati sekian lama.

“Tetapi apabila ia melibatkan kehilangan berbilion ringgit, saya dapati ia tidak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit dan tidak diberitahu kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Keadaan di PWTC berkenaan menjadi kecoh apabila sesi dialog yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi itu tidak berlangsung seperti yang dirancang.

Najib juga yang dijangka tiba pada jam 9 pagi turut tidak kelihatan hadir di majlis berkenaan.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menerusi twitternya kira-kira jam 8.55 pagi tadi telah mengeluarkan kenyataan bahawa dialog tersebut dibatalkan.

“Dialog 1MDB bersama NGO2… Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan,” katanya.

Difahamakan juga, pihak Polis terpaksa memberhentikan mantan perdana menteri itu daripada terus berucap berikutan majlis itu didakwa tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa

Sesi dialog Perdana Menteri bersama NGO tersebut telah dianjurkan oleh Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");