Panasnya Hari Ini

Usul Tubuh Akta Kebajikan Haiwan Terima Reaksi Positif

KUALA LUMPUR: Usul kerajaan berkaitan Rang Undang-Undang Akta Kebajikan haiwan telah menerima maklum balas positif serta pujian daripada pelbagai pihak.

Usul berkenaan dilihat berupaya menarik minat pelbagai pihak termasuklah pihak pembangkang yang turut memberikan reaksi positif.

Dalam pada itu, majlis perwakilan termasuk juga pihak pembangkang telah mengambil masa selama dua hari untuk membahaskan rang undang-undang berkenaan.

Usaha dan usul daripada pihak kerajaan menerima sokongan yang baik beikutan sudah terlalu lama kedua belah pihak amnya menantikan agar undang-undang ini dikuatkuasakan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, akta yang sedia ada tidak memberikan perlindungan secara menyeluruh kepada haiwan.

“Hukuman yang ada sekarang, pesalah hanya dikenakan denda sebanyak RM200.

“Oleh itu, Akta Kebajikan Haiwan 2015 dianggap mampu memberi perlindungan kepada haiwan apabila di dalam akta ini diperjelaskan apa yang dianggap sebagai zalim,”katanya.

Ismail turut berkata, melalui akta baharu ini, ianya meliputi kezaliman terhadap haiwan bukan sahaja daripada segi fizikal, tetapi turut melibatkan kezaliman bukan fizikal seperti tidak memberi makan dan membiarkan haiwan tersebut mati.

“Melalui akta baharu ini, pemilik haiwan atau sesiapa yang didapati bersalah menzalimi haiwan akan dikenakan denda sebanyak RM20,000 hingga RM100,000, atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Akta ini akan mewujudkan Lembaga Kebajikan Haiwan yang anggotanya terdiri dari mereka yang mempunyai kepakaran tentang haiwan sama ada melalui jabatan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO),”katanya.

Jelas beliau lagi, Lembaga Kebajikan Haiwan juga akan menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pemilik haiwan seperti keluasan sangkar untuk haiwan peliharaan dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kesalahan untuk menembak atau membunuh anjing liar oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak dimasukkan di dalam akta baharu ini.

“Bagaimanapun, semua pembahas dari pihak kerajaan dan pembangkang mencadangkan supaya di dalam peraturan yang akan diwujudkan kelak, mesti dimasukkan bahawa PBT tidak boleh menembak atau membunuh anjing-anjing liar dan akan menjadi kesalahan jika mereka melakukannya,”katanya.

Ismail turut melahirkan rasa gembira beliau apabila cadangan Rang Undang Undang kebajikan haiwan itu mampu menjadi faktor yang menyatukan semua pihak, baik kerajaan, mahupun pembangkang.

“Jika sebelum ini, boleh dikatakan semua isu kita bertelagah… akhirnya kebajikan haiwan yang menyatukan kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");