Perak Hari Ini

700 Ibu Tunggal, Asnaf Terima Sumbangan

IPOH: Seramai hampir 700 ibu tunggal dan golongan Asnaf bagi kawasan Tambun menerima sumbangan berupa beras dan wang tunai sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi sempena Program Karisma Ramadhan.

Program yang dianjurkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Kawasan Manjoi (LKPIM) dan juga Persatuan Usahawan Wanita Perak (PUSWAJA) turut menerima sumbangan daripada Menteri Kewangan II yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
3

Beliau diwakili oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz.

Turut hadir ke majis tersebut ialah Pengerusi LKPIM, Datuk Faezah Abu Kassim.

Presiden PUSWAJA, Saloma Mohd Yusoff, berkata, program pemberian sumbangan tersebut diadakan setiap tahun.

4

“Kita memberi sumbangan berupa beras dan wang tunai kepada ibu-ibu tunggal dan golongan asnaf untuk meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Seramai 280 ibu tunggal dan asnaf di kawasan Tambun telah menerima bantuan ini, dan kita turut memberi sedikit cenderahati kepada golongan wanita yang bertadarus sepanjang Ramadhan,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Katanya lagi, PUSWAJA juga menyampaikan beberapa sumbangan lain pada awal Ramdhan lalu ke beberapa buah rumah kebajikan dan golongan asnaf di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");