Panasnya Hari Ini

Anwar Nyata Kesal, Tidak Dibenar Bersalam Dengan Cucu

KUALA LUMPUR: Menerusi catatan di laman Facebook milik isteri ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekesalan dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkannya untuk bersalaman dengan ahli keluarganya.

Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri, beliau hanya dibenarkan untuk bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh.

“Kesal dgn sikap Menteri Dalam Negeri yang tiada prikemanusiaan tidak membenarkan bersua, bersentuhan dan bersalaman dengan keluarga sempena raya.

“Terutama anak cucu yang balik dari luar negara tempoh singkat untuk beraya dengan saya,” katanya.

Pemimpin pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");