Sukan Hari Ini

‘Peluang belum tertutup’

Kuala Lumpur: Kegagalan jaguh lompat kijang negara Hakimi Ismail menghadirkan pingat di Sukan Universiti Dunia di Korea Selatan tidak bermakna peluangnya untuk melepasi syarat kelayakan ke temasya Olimpik Rio sudah tertutup.

Bagi anak muda berusia 24 tahun itu menganggap kegagalan itu sebagai satu yang positif untuk dia terus membakar semangat meningkatkan prestasi dan berharap diberi peluang beraksi di Kejohanan Dunia di China bulan depan.

Bagaimanapun Hakimi yang tampil buat kali pertama gembira dengan tahap persaingan di Universiade yang memberikan pengalaman baru kepadanya.

“Memang agak kecewa sebab terlepas peluang untuk menghadiahkan pingat buat negara di Universiade kerana ia kejohanan yang menjadi sasaran saya dan jurulatih.

“Jika boleh saya mahu melepasi syarat kelayakan ke Olimpik tapi mungkin belum rezeki saya. Apapun saya akan terus mencuba lagi selepas ini,” katanya yang gembira dapat memecahkan rekod kebangsaan dan mengharumkan nama negara.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura itu sekadar mencatat 16.59 meter, berbanding catatan dan rekod kebangsaan yang dipegangnya 16.76m.

Pada saingan di Universiade di Stadium Piala Dunia Gwangju, pemenang perak dan gangsa dari Burkina Faso, Huhues Zango dan Xu Xiaolong dari China turut melakukan 16.76m dengan atlet Russia, Dmitrii Sorokin meraih emas dengan 17.29m.

Pemilik rekod kebangsaan itu berkata, dia perlu melepasi syarat kelayakan 16.90m sekiranya ingin beraksi di Olimpik Rio dan juga Kejohanan Dunia.

Bagaimana berdasarkan ranking dunia seramai 32 atlet yang menduduki ranking teratas berpeluang untuk beraksi di Kejohanan Dunia mana Hakimi, yang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) kini berada di ranking ke-30 dunia berpeluang cerah untuk ke China biarpun tidak melepasi syarat kelayakan secara merit.

Seandainya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantarnya ke Kejohanan Dunia, Hakimi melihatnya sebagai satu lagi peluang untuk dia mencari lompatan terbaik.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");