Sukan Hari Ini

Arsenal Sedia Bida Benzema RM105 Juta

ARSENAL dilaporkan sedia membelanjakan 17.8 juta pound (RM105 juta) untuk mendapatkan khidmat Karim Benzema dari Real Madrid.

Kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan sudah bersedia untuk melepaskan penyerang tersebut.

Selepas berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol Chelsea, Petr Cech, Pengurus Arsenal Arsene Wenger dikatakan berhasrat untuk membawa lebih ramai lagi penyerang berbisa ke Emirates.

Laporan The Metro di Sepanyol mendakwa bayaran perpindahan 17.8 juta pound itu sudah mencukupi untuk mendapatkan khidmat Benzema.

Benzema menjaringkan 22 gol bersama Real pada musim lalu.

Terdahulu, Cech bersetuju menyertai Arsenal selepas bertikam lidah dengan Pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Cech menyertai The Gunners dengan perjanjian bernilai 10 juta pound (RM58.9 juta-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");