Isu Panas

Veteren Umno: Perlu bertindak tegas

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak diminta bertindak tegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa cuba jatuhkan Perdana Menteri apabila secara terbuka mengkritik beliau.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua ahli dalam Umno sudah tahu niat bekas Perdana Menteri itu.

“Contohnya tindakan Dr Mahathir yang mengkritik secara terbuka dan menggunakan media asing bagi memburukkan Najib,” katanya.

Menurutnya, tindakan Dr Mahathir menggunakan media asing jelas bertentangan prinsip dipegangnya ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau turut menyangkal tindakan Dr Mahathir mengkritik secara terbuka adalah bertujuan membetulkan kesilapan Najib.

“Kalau nak perbetulkan pentadbiran Najib bukan begini caranya (kritik secara terbuka). Perlu berbincang dan melakukan pertemuan empat mata, bukan menyerang secara terbuka,” katanya.

Beliau berpendapat sudah tiba masanya Najib menukar strategi berlembut kepada strategi berkeras kepada semua pihak yang telah memfitnahnya.

“Adalah silap jika Najib tidak bertindak dengan tegas sekarang kerana kesannya akan meruntuhkan kerajaan Melayu pimpinan Umno,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");