Perak Hari Ini

Batu Kurau International Moutain Bike Challenge 2.0 Berlangsung September Depan

IPOH: Batu Kurau International Moutain Bike Challenge 2.0 2015 bakal berlangsung pada 19 dan 20 September ini yang akan melibatkan sejumlah 1,500 penunggang basikal gunung dari lebih 50 pasukan pelbagai negara.

Turut dijangka berlangsung Batu Kurau International Trail Run Challenge 2015 bertempat di Dataran Green Lane Kampung Anak Kurau pada 11 Oktober depan.

Majlis pra-pelancaran telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria penganjuran sukan lasak berbasikal ini berupaya mempromosikan Batu Kurau sebagai salah satu pusat pelancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, menurut Exco Belia Sukan, Komunikasi Dan Multimedia negeri, Datuk Shahrulzaman Yahya penganjuran program tersebut bersesuaian dengan objektif jabatan dan perkembangan industri sukan negeri amnya.

Bagi penganjuran pertama tahun lalu, Batu Kurau International Moutain Bike Challenge berjaya menghimpunkan sebanyak 1,699 pelumba basikal daripada tujuh negara terpilih.

Menurut Pengarah Teknikal program, khairil Ashlan Ab Rashid sebanyak 1,000 orang peserta daripada empat negara iaitu Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand telah mendaftarkan penyertaan mereka bagi acara tahun ini.

Pertandingan kali ini agak berbeza iaitu berbeza dengan pertandingan merentas desa kerana peraturannya yang lebih fleksibel dan jaraknya yang lebih panjang.

Pertandingan yang dianjurkan buat kali kedua ini melibatkan sejauh lebih kurang 45 kilometer menerusi 8 kategori antaranya Cross Country Marathon (XCM) dan Cross Country Olympic (XCO).

Persaingan ‘Trail Run’ bakal membabitkan empat kategori lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur dan kategori khas tertutup untuk peserta dari negeri Perak sahaja.

‘Trail Run’ membabitkan lapan kategori lelaki dan wanita iaitu terbuka lelaki dan wanita (17-40 tahun), veteran lelaki dan wanita (41 tahun keatas), tertutup Perak Lelaki dan Wanita (Bawah 40 tahun) dan tertutup lelaki dan wanita Perak (41 tahun keatas).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");