Panasnya Hari Ini

Butik Elrah Exclusive Tawar Jubah Moden Terkini

KUALA LUMPUR: Menerusi catatan dari blog Parpukariblogspot.com pemilik perniagaan jubah moden Butik Elrah Exclusive dikenali sebagai El Azman tampil menjawab persoalan yang dilemparkan oleh blogger, parpukari.blogspot.com.

El Azman menceritakan, jubah jualan dari butiknya, jubah  Elrah ternyata cukup laris di pasaran kini.

Jelasnya, rekaan jubah berkenaan pada asalnya direka ketika beliau memakainya semasa menunaikan umrah baru-baru ini dan gambar yang dimuat naik melalui Instagram telah mendapat perhatian umum.

“Saya masukkan gambar jubah dalam Instagram dan ramai yang bertanya kerana rekaan jubah saya tidak nampak ketat dan mengikut bentuk badan,” katanya.

Tambahnya lagi, kain yang digunakan juga jenis Egyptian cotton juga cukup selesa.

“Saya lihat semasa Umrah harga jubah dekat 100 rial dan kami jual Jubah yang kualiti sama dengan harga RM180 dan ianya jelas nampak impak apabila makin banyak permintaan yang diterima.

“Permintaan sehingga 50 ribu pembeli dan bagi pembelian secara talian sebanyak lebih 20 ribu,” katanya.

Tambahnya lagi, permintaan mendadak itu ibarat tsunami baginya apabila perjualan jubah berkenaan hanya baru mencecah satu bulan sahaja.

Beliau berkata demikian ketika mengulasdakwaan yang dibuat oleh  parpukari.blogspot.com tentang kekurangan stok jubah di butik tersebut adalah berpunca daripada beberapa perkara.

“Bagi masalah tempahan, kebanyakkan pembeli menempah lebih dari satu warna jubah dan kami perlu memastikan semua jubah disediakan seperti tempahan sebelum dihantar kepada pelanggan itu.

“Mengenai warna pula, agent kami akan menggunakan gambar jubah tersebut dan antaranya telah menukar warna asal jubah apabila mereka bertindak mereka semula warnanya dengan ‘filter’,” ujarnya.

Terdahulu, blogger parpukari.blogspot.com telah mengadu tentang butik berkenaan yang tidak mempunyai stok mencukupi untuk dijual kepada pelanggan.

Blogger tersebut mendakwa, beliau tidak dapat membeli jubah daripada butik berkenaan kerana stok sedia ada telah dibeli oleh pelanggan secara atas talian.

Disebabkan bulan Syawal yang semakin hampir tiba ini Butik Elrah Exclusive yakin dapat memenuhi semua permintaan dan tempahan para pelanggannya.

“Hampir 99 peratus telah selesai hari ini untuk proses perhantaran dan hanya satu peratus akan selesai,” katanya.

Tambahnya lagi, kelainan jubah Elrah Exclusive ini berbeza apabila potongan dan rekaan cukup tersendiri mengikut saiz si pemakai dan trend masa kini.

“Di Malaysia rekaan jubah terlalu biasa, dan saya reka untuk kelihatan luar biasa.. ianya satu fenomena apabila pembeli dari luar seperti Thailand,Brunei juga datang mendapatkannya.

“Kami jual dengan harga RM180, dan diluar sana harga jubah telah mencecah hingga RM500, di Thailand sekitar RM300 begitu juga di Johor Bahru hingga RM350,” katanya.

Sementara itu, menurut para pembeli yang ditemui rata-rata berminat dengan rekaan dan potongan jubah berkenaan.

“Saya suka jubah ini kerana potongan mengikut badan dan menarik,” katanya.

Pelanggan daripada Thailand pula cukup berpuas hati dengan material jubah dan rekaannya yang cukup menarik perhatian warga Thailand.

“Bagus, cantik potongannya memang diminati pelanggan di Songkhla, Pattani dan Yala dan saya ke sini bagi membeli secara borong,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");