Sukan Hari Ini

De Gea goyah

Chicago, AS: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mengakui ketidaktentuan menyelubungi David De Gea tidak menyenangkan apabila kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu menamatkan jelajah AS semalam dengan kekalahan 0-2 di tangan Paris Saint-Germain.

De Gea yang dikatakan menjadi sasaran utama Real Madrid pada musim panas ini, beraksi agak goyah apabila kelab juara Perancis itu mendedahkan kelemahan benteng United dengan dua gol mudah sumbangan Blaise Matuidi dan Zlatan Ibrahimovic pada babak pertama.

Van Gaal berharap United boleh mengekalkan khidmat De Gea musim ini, namun mengakui khabar angin mengenai penjaga gol bintang itu tidak membantu sama ada terhadap pemain itu mahupun kelab.

“Kami memiliki situasi kurang menyenangkan buat David De Gea, sama ada bagi kami ataupun kelab (Real Madrid) yang mahu disertainya,” kata Van Gaal selepas United tewas di Soldier Field.

Jurulatih veteran Belanda itu enggan terlalu mengkritik persembahan penjaga gol Sepanyol itu.

“Saya tak boleh katakan teruk, tapi dia melakukan kesilapan. Ia tidaklah teruk sangat,” jelas Van Gaal.

“Setiap orang boleh melakukan kesilapan tapi apabila penjaga gol melakukan kesilapan selalunya gol jadi itulah perbezaannya.”

Di sebalik kekalahan itu, Van Gaal menyatakan beliau tetap berpuas hati dengan persembahan United menjelang perlawanan pertama musim ini menentang Tottenham pada 8 Ogos ini.

“Saya amat gembira mengenai persembahan. Anda kalah, tapi ia mungkin juga bagus kerana tahun lalu kami menang semua (di AS) dan kemudian kalah perlawanan pertama liga menentang Swansea,” ujar Van Gaal.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");