Sukan Hari Ini

Di Maria Semakin Hampir Sertai PSG, Ibrahimovic Nafi Ke United

MANCHESTER United dan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan masih meneruskan perbincangan mengenai jual-beli pemain Argentina, Angel Di Maria.

Daily Mail mendakwa, pemilik PSG Nasser Al Khelaifi, dan Pengarah Sukan, Olivier Letang kini berada di London untuk membincangkan jumlah yuran pemindahan dan kaedah pembayaran dengan Ketua Eksekutif United, Ed Woodward.

Dalam perjanjian dengan pemain itu, Di Maria menuntut kontrak bernilai £9 juta setahun dengan gaji sebanyak £170,000 seminggu.

PSG dalam pada itu turut yakin Di Maria akan tiba di Paris pada minggu depan untuk diperkenalkan kepada penyokong kelab berkenaan.

Wakil PSG yang berada di London dikatakan turut berbincang dengan Liverpool untuk mendapatkan pertahanan kiri, Lucas Digne menerusi pinjaman atau pembelian.

Sementara itu, bintang PSG Zlatan Ibrahimovic menafikan bahawa dia akan ke United sebagai pertukaran kepada Di Maria.

Pemain Sweeden berusia 22 tahun mendakwa dia gemibra berada di PSG sambil menyifatkan United sebagai sebuah kelab gergasi dan mempunyai ramai penyokong.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");