Jenayah

Dua tukang rumah alami kerugian

MERANTI – Dua tukang rumah mengalami kerugian lebih RM300,000 apabila rumah mereka di Kampung Chat musnah dalam kebakaran pada jam 1.55 petang semalam dan mereka hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh penduduk dan saudara.

Abd Ghani Mamat, 63, berkata, dia baru pulang ke rumah ketika kejadian dan terkejut mendengar jeritan anak perempuannya, Rosnani, 27 dari bilik tidur.

“Bilik tidur itu ditinggal kosong dan hanya digunakan ketika anak cucu pulang berhari raya. Anak saya dukung cucu sementara saya pimpin anak-anak yang lain untuk menyelamatkan diri.

“Alhamdulillah kami selamat, tetapi menantu saya, Mohd Baharin Mohd Yusof, 31, terpaksa dibawa ke Hospital Pasir Mas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana mengalami sesak nafas,” katanya.

Modal buka bengkel hangus

Abd Ghani berasa kecewa kerana tidak sempat menyelamatkan wang simpanan anaknya yang mahu digunakan untuk membeli simen, pasir batu dan perkakas lain untuk membina rumah anaknya di Meranti.

“Saya bukan sahaja mengalami kerugian kerana rumah terbakar, malah kehilangan wang simpanan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Rosnani menganggarkan kerugian dialaminya mencecah hampir RM10,000 apabila wang simpanan dan barang kemas miliknya tidak sempat diselamatkan.

Katanya, wang berkenaan merupakan hasil simpanan suaminya selama beberapa tahun dan hasratnya untuk membuka bengkel bersama suami tidak kesampaian.

Tergamam lihat kebakaran

Sementara itu, mangsa kebakaran kedua, Nur Azwani mohd, 39, hanya mengetahui mengenai kejadian kebakaran itu apabila mendengar jeritan daripada rumah sepupunya dan hanya sempat menyelamatkan anaknya yang berusia 18 bulan bersama ibu.

“Kami tergamam apabila melihat api dari rumah sepupu saya mula merebak ke tingkat atas rumah, menyambar langsir dan mula merebak ke tingkat bawah, bilik dan dapur.

“Saya tak sanggup ambil risiko untuk masuk semula ke dalam rumah bagi menyelamatkan dokumen penting mengenangkan anak masih kecil.

Nur Azwani ketika itu sedang sarat mengandung dan baru sahaja keluar hospital selepas menerima rawatan akibat penyakit darah tinggi.

“Saya baru sahaja pulang ke kampung untuk menjaga ibu yang sakit sejak beberapa minggu lalu dan tidak menyangka kepulangan saya pada Ramadan ini disusuli kejadian menyayat hati,” katanya.

Walaupun kerugian hampir RM250,000, saya tetap bersyukur kerana kami semua selamat dan saya bernasib baik kerana kelengkapan hari raya anak-anak berada di Johor bersama suami,” katanya.

Hangus 100 peratus

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanak Bomba II (PBK) Azuhan Ibrahim memaklumkan, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.13 petang.

“Seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera dan setibanya di tempat kejadian, rumah pertama didapati telah hangus 100 peratus, manakala rumah kedua musnah hampir 80 peratus.

Sykur kerana tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Punca kejadian dan kerugian masih disiasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");