Sukan Hari Ini

Liga Hoki Dunia: Australia rangkul tempat pertama

ANTWERP, Belgium: Australia muncul sebagai pemenang final saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium KHC Dragons, disini, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal dramatik Chris Ciriello pada minit akhir perlawanan memastikan skuad Kookaburras merangkul kemenangan itu buat mengecewakan tuan rumah atau jolokannya The Red Lions.

Sementara itu, Britain membelasah India 5-1 untuk meraih tempat ketiga.

Terdahulu, Ireland menumpaskan Malaysia 4-1 untuk menduduki tempat kelima manakala Perancis mengejutkan Pakistan, 2-1 untuk tempat ketujuh.

KEDUDUKAN KLASIFIKASI:

1. Australia
2. Belgium
3. Britain
4. India
5. Ireland
6. MALAYSIA
7. Perancis
8. Pakistan
9. Poland
10. China

LAYAK KE OLIMPIK RIO 2016

1. Australia
2. Belgium
3. Britain
*3 pasukan layak secara automatik
*India yang menduduki tempat keempat lebih dulu layak selaku juara Sukan Asia
PASUKAN SIMPANAN
1. Ireland
2. Malaysia -AGENSI

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");