Sukan Hari Ini

Eksekutif FIFA Issa Hayatou akan serah trofi Piala Dunia Wanita

VANCOUVER: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Naib Presiden Kanannya, Issa Hayatou akan mewakili badan induk bola sepak dunia itu pada upacara penyerahan trofi Piala Dunia Wanita 2015.

Hayatou yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Afrika akan hadir bagi menyaksi dan menyerahkan trofi Piala Dunia kepada pemenang antara Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, di BC Place, Vancouver, Kanada, pagi ini.

FIFA menambah Lydia Nsekera dan Victor Montagliani akan turut berada di atas pentas dalam upacara penyerahan itu. Nsekera adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA manakala Montagliani adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kanada.

Presiden FIFA, Sepp Blatter sebelum ini mengesahkan tidak akan menghadiri upacara itu susulan siasatan Jabatan Keadilan AS terhadap dakwaan rasuah bola sepak yang melanda badan induk dunia itu. – AFP DISYORKAN

-http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");