Isu Panas

Pas nafi masih krisis dengan PKR

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menafikan sebarang khabar angin bahawa krisis antara Pas dan PKR di peringkat negeri masih belum pulih sepenuhnya berikutan beberapa isu termasuk saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dan masalah pertindihan kerusi pada PRU13 lalu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri memberitahu walaupun gerak kerja berjalan secara berasingan, namun ia adalah perkara biasa kerana masing-masing melakukan komitmen bagi memperkuat parti, selain boleh bergerak sendiri untuk memastikan kekuatan menjelang PRU14.

Menurutnya, keadaan itu dipengaruhi status PR di negeri ini yang masih lagi bertindak sebagai pembangkang dan bukannya kerajaan.

“Dari segi gerak kerja, masing-masing main peranan tetapi apabila program besar, barulah kita jemput parti lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, walaupun tidak perlu tenaga PKR, pihaknya tidak nafikan kerjasama masih berjalan dengan parti itu kerana Pas masih lagi dalam pakatan.

Enggan melihat isu berbangkit sebelum ini sebagai perkara yang mengeruhkan hubungan kedua-duanya, beliau memberitahu bahawa Pas dan PKR tetap bekerjasama dalam program tertentu.

Bagaimanapun katanya, kerjasama antara keduanya itu boleh dilihat kerap berlangsung di kawasan campuran seperti Dun Bandar yang perlihatkan kerjasama baik antara kedua-duanya.

Berhubung kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah bahawa hanya Pas yang melaksanakan gerak kerja sedangkan PKR hanya muncul menjelang pilihan raya, Satiful memberitahu keadaan itu mungkin berlaku berdasarkan pemerhatian pihak terlibat bahawa Pemuda Pas lebih banyak melakukan gerak kerja berbanding AMK.

Sementara itu, mengulas mengenai isu PR yang masih menjadi polemik antara Pas dan DAP, Satiful yang juga Adun Paka beritahu pihaknya berpegang terhadap apa yang akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Memandangkan keputusan majlis tersebut belum keluar, beliau memberitahu, pihaknya berpegang kepada keputusan Pas Pusat bahawa PR masih wujud.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");