Sukan Hari Ini

Gagal manfaat peluang punca kecundang

“PEMAIN bermain dengan bagus, cuma kegagalan manfaat peluang yang terhidang punca kita tewas”.

Demikian pengakuan Penolong Jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM), Fauzi Pilus selepas pasukannya tersungkur 1-3 di tangan Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Menurut Fauzi, biarpun tewas pemain The Cops tetap mempamerkan semangat juang tinggi dengan mengekalkan tempo permainan pantas.

“Keseluruhan pemain bermain dengan baik, kita bangga dengan pemain yang berjuang sehingga ke saat akhir. Cuma apabila peluang tak dimanfaatkan (dua tiga peluang yang ada), jadi inilah akibatnya dalam bola sepak.

“Apa pun, kita akan bangkit selepas ini dengan sesuatu yang berbeza. Kita juga akan cuba perbaiki segala kelemahan kerana dalam bola sepak kealpaan sebegini tidak boleh dibiarkan. Kalau abai, ia akan terus menjadi parah buat pasukan,” katanya.

Bagaimanapun Fauzi berkata, semua ini bergantung kepada sikap pemain dan sekiranya ia berjaya diubah tidak mustahil mereka boleh mencapai kemenangan dalam pertemuan akan datang.

Cops kini menghuni tangga ketujuh hasil daripada tujuh kemenangan dan lapan kekalahan walaupun pada awal musim sebelum ini pernah mengungguli tangga teratas liga.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");