Panasnya Hari Ini

Isu 1MDB : Tun M Enggan Ulas

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk tidak berkongsi sebarang pandangan dan kritikan mengenai dakwaan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik sumber daripada Mstar, beliau mengakui telah menonton klip video mengandungi dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadinya seperti yang tersebar di laman internet baru-baru ini.

“Saya nak beri amaran bahawa saya tak boleh jawab apa-apa soalan mengenai 1MDB kerana ia sekarang menjadi satu jenayah apabila bercakap mengenai 1MDB,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pusat Hati di Prince Court Medical Centre di sini, Jumaat.

“Ya saya tonton. Semua orang juga tonton. Tapi Najib tidak pernah nafi mengenai RM2.6 bilion itu.

“Cuma saya tak boleh cakap mengenai 1MDB, ia adalah jenayah kalau cakap mengenainya,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");