Panasnya Hari Ini

Isu Couple Seat: Panggung Wayang Itu Sendiri Sudah Maksiat- Mufti Perak

KUALA LUMPUR: “Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apakah lagi duduk di kerusi bersama itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.

Begitu ulasan tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan larangan menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’ bagi pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah di sebuah panggung wayang dekat Seri Iskandar.

Memetik sumber daripada Awani, beliau turut berharap supaya operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.

“Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu,” katanya.

Tegasnya lagi, pemberian lesen untuk premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian semua majlis perbandaran.

Tambahnya lagi, pihak pencegah maksiat juga seharusnya mengambil perhatian mengenai isu ini dan memberi tumpuan operasi bukan sahaja di wayang malah lokasi yang berlainan.

“Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja wayang, di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan, tangkap sahajalah,” katanya.

Katanya lagi, kemudahan yang dilihat baik namun membawa maksiat tidak harus digunakan atau dipromosi kepada orang ramai.

Ujarnya lagi, pendekatan harus dipelbagaikan,dan pihak berkuasa juga wajib melihat isu itu secara serius mengenai senario berkenaan.

“Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi,” ujarnya.

“Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");