Panasnya Hari Ini

Isu WSJ: Tindakan Hantar Surat Minta Penjelasan adalah Tepat – Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menghantar surat menerusi peguamnya kepada Wall Street Journal (WSJ) bagi meminta penjelasan berhubung laporan yang dibuat oleh akhbar tersebut.

Khairy berkata, langkah tersebut penting untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada Perdana Menteri untuk membuktikan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

“Ini merupakan satu langkah awal yang penting untuk kita tahu apa sebenarnya maksud WSJ dan saya yakin, apabila dapat penjelasan daripada WSJ, maka tindakan susulan akan diambil.

“Sekiranya tuduhan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan dalam akaun peribadi PM, yang mana PM telah menafikannya dan sekiranya itu yang akan dijelaskan oleh WSJ bahawa itulah maksud artikel tersebut, saya yakin PM akan tersukan dengan tindakan saman,” katanya, memetik laporan Mstar.

Katanya lagi, semua pihak perlu menunggu hasil siasatan secara menyeluruh yang dilakukan oleh pasukan khas yang ditubuhkan yang melibatkan peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak Bank Negara.

“Saya yakin kedua-dua langkah ini sangat penting untuk kita mendapat satu gambaran yang lebih jelas berkenaan kebenaran.

“Saya harap proses tersebut terutamanya hasil siasatan pasukan petugas ini tidak akan mengambil masa yang terlalu lama kerana terlalu banyak spekulasi dan hasil siasatan ini sangat penting untuk kita sahkan kebenarannya,” tegas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");