Berita Hari Ini

Jangan salah guna kemudahan jalur lebar

HULU TERENGGANU – Masyarakat sekali lagi dinasihati agar tidak menyalahgunakan kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata,? pengguna seharusnya memanfaatkan kemudahan jalur lebar yang disediakan dengan sebaik mungkin.

“Memang kami sangat berharap kepada semua pengguna untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan sebaik-baiknya dan kami tak nak pengguna menggunakan kemudahan ini dengan menyebarkan fitnah dan komen yang bukan-bukan di laman sosial.

“Apabila penyalahgunaan ini berlaku, kita akan memporak-perandakan negara dengan masalah yang ditimbulkan,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Balairaya Kampung Pela di sini semalam.

Jailani berkata, pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengenal pasti penyalahgunaan jalur lebar tersebut.

“Kami ada mengenal pasti beberapa kes penyalahgunaan ini yang mana ada tempat yang kami sediakan prasarana, tapi mereka guna untuk sebarkan maklumat yang tak sahih,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");