Jenayah

Jasad Mohd Zawawi ditemui

Kuala Terengganu: Mayat lelaki seorang daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang sejak 21 Jun lalu, ditemui di perairan Pulau Kapas, petang semalam.

Difahamkan, mayat Mohd Zawawi Seman, 36, ditemui dalam pukat nelayan yang sedang memukat ikan di perairan iaitu 22 batu nautika daripada arwah dilaporkan hilang.

Ketua Pengkalan Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman Lefternan Komander Maritim, Norhafizi Mohd Rasek berkata, tekong nelayan terbabit menghubungi pihaknya yang kemudian membawa mayat itu ke Jeti APMM di Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

“Mayat berkenaan kemudian dihantar ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pengecaman dan bedah siasat.

“Kami turut menemui lesen memandu dan kad nikah milik Mohd Zawawi dalam pakaian mayat.

“Sehingga ini, tiga lagi mangsa belum ditemui dan pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian,” katanya kepada Harian Metro, malam tadi.

Dalam kejadian 21 Jun lalu, Mohd Zawawi bersama tiga nelayan lain, Azuari Abu Bakar, 41, Mohd Nasir Ab Wahab, 29, dan Ab Wahab Tekak, 57, hilang di laut selepas keluar menangkap ikan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");