Berita Hari Ini

Justo Dikawal Ketat Di Thailand – Polis Thailand

BANGKOK: Polis Thailand telah meningkatkan kawalan keselamatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo untuk menghalang daripada sebarang cubaan memujuknya untuk tidak beri kerjasama kepada pihak berkuasa Thailand.

“Beliau suspek yang penting. Jadi saya telah mengarahkan mereka meningkatkan kawalan keselamatan terhadap tahanan,” kata jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Left Jen Prawuth Thavornsiri yang menafikan khabar angin tentang laporan terdapat cubaan untuk meracuni Justo.

“Yang pasti tiada cubaan untuk meracuninya, tetapi mungkin ada cubaan untuk memujuk suspek untuk tidak berkata apa-apa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setakat ini tiada cubaan untuk memujuk Justo untuk tidak beri kerjasama, tetapi pihak berkuasa Thailand tidak mahu mengambil risiko.

Prawuth berkata pihak berkuasa telah mengarahkan anggota keselamatan perlu hadir semasa Justo menerima pelawat.

Hanya orang tertentu dibenarkan melawatnya, katanya.

Prawuth juga berkata beliau tidak maklum mengenai sama ada terdapat sebarang permohonan rasmi daripada pihak polis Malaysia untuk menemu bual Justo (setakat 9 Julai).

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");