Perak Hari Ini

Kaji Semula GST Ke Atas Peladang

BATU KURAU: Kerajaan diminta agar mengkaji semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas Pertubuhan Peladang.

PERAK TODAY

Pengerusi Pertubuhan Peladang  Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, meskipun terdapat subsidi yang diberikan, namun GST perlu dikecualikan kepada Peladang.

“Sekiranya ahli Peladang dikenakan GST, ianya akan memberi kesan terhadap hasil pertanian negara.

“Oleh itu, kami merayu supaya ahli Peladang dikecualikan GST kerana ianya merupakan salah satu pertubuhan dibawah Kerajaan,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka PPK Batu Kurau, hari ini.

PERAK TODAY 5

Selain itu, beliau turut menyarankan agar Pertubuhan Peladang dapat mencari alternatif atau teknologi baharu untuk menyuburkan tanah pertanian.

“Sekiranya ada teknologi baru yang boleh menyuburkan tanah, pastinya ia dapat menggalakkan aktiviti pertanian.

“Kalau tidak, hasil pertanian masih berada di takuk yang lama,”ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi, Sains dan Alam Sekitar, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria, telah merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Batu Kurau yang berlangsung di sini hari ini.

PERAK TODAY 1

Katanya, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk membina 30 pusat pengumpulan di negeri ini yang menelan belanja RM100,000 setiap satu.

Beliau turut menyampaikan zakat PPN kepada hampir 150 ahli Peladang yang layak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");