Isu Panas

PKR Perak sokong Harapan Baru

IPOH – PKR Perak menyokong pembentukan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

“Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog #harapanbaru bersama Pimpinan Harapan Baru, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru, Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi Harapan Baru, Salahuddin Ayub dan Penyelaras Harapan Baru Perak, Asmuni Awi.

Boon Chye percaya, sebahagian besar rakyat menyokong kewujudan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik berdasarkan sambutan yang diterima gerakan itu dalam beberapa siri jelajah, sebelum ini.

“Lihat sahaja pada hari ini (semalam) di sini, di mana ramai yang saya dilihat dalam kalangan rakyat dan NGO bersama-sama bagi menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Harapan Baru,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar pula berkata, penubuhan Harapan Baru memberi signal bahawa pakatan baharu akan dibentuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");