Sukan Hari Ini

Kekalahan di London suntik semangat Jepun

EDMONTON – Skuad Jepun menjadikan kekalahan dalam Sukan Olimpik London 2012 sebagai motivasi untuk menghadapi Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita 2015 hari ini (Isnin waktu Malaysia).

Enam kemenangan berturut-turut sepanjang kejohanan ini membuatkan juara Asia itu mempunyai kelebihan untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi empat tahun lalu, selepas menang ke atas Amerika Syarikat menerusi penentuan penalti.

Pemain pertahanan tengah skuad Nadeshiko, Rumi Utsugi menjangkakan pertembungan kali ini bakal berlangsung sengit dan dia berazam mahu membantu pasukannya mempertahankan kejuaraan.

“Sebagai rakyat Jepun, saya amat berbangga untuk berada di sini dan mendapat pengalaman yang indah tetapi sebagai pemain bola sepak, penyesalan adalah perasaan yang terbuku di dalam hati kerana gagal memberi sebarang sumbangan empat tahun lalu biarpun Jepun memenangi Piala Dunia.

“Bagaimanapun, saya berada di sini sekarang kerana saya mempunyai pengalaman selama empat tahun sejak tahun 2011. Sekarang kejayaan pasti lebih manis kerana saya beraksi dari awal hingga perlawanan akhir.

“Saya mahu membantu pasukan mengekalkan Piala Dunia dan pasti kenangan ini lebih berharga kerana saya dapat menyumbangkan sesuatu,” kata Utsugi kepada FIFA.com mengenai kenangannya beraksi dalam Piala Dunia Wanita 2011 di Jerman.

Utsugi percaya dia masih dalam proses membina kerjaya dan mahu mencipta lebih banyak lagi kejayaan.

“Setiap hari saya mengingatkan diri saya supaya tidak perlu menyesal sama sekali, dan dengan cara ini, saya boleh mengatakan bahawa saya kini berada dalam keadaan yang terbaik.

“Impian saya adalah mahu menjadi pemain bola sepak yang berjaya. Saya juga telah bermimpi untuk bermain di seluruh dunia, dan impian untuk bermain di Piala Dunia,” ujarnya.

Perlawanan ini bakal menyaksikan ulangan perlawanan akhir di Jerman pada 2011 di mana Jepun menundukkan Amerika Syarikat menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit permainan dan tambahan masa 30 minit.

Bagaimanapun, skuad Nadeshiko tunduk kepada Amerika Syarikat dalam perebutan pingat emas Sukan Olimpik di London pada 2012 apabila tewas 1-2 dalam perlawanan akhir. – AGENSI

– http://m.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");