Jenayah

Kena serangan jantung atas motor

AYER KEROH – Seorang warga emas maut dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Merdeka Permai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Lim Soo Wah, 64, yang berasal dari Taman Ayer Keroh Height meninggal dunia di tempat kejadian akibat terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki RC dari arah Jalan Dato Md Zin menghala ke Taman Merdeka.

“Ekoran terkena serangan jantung itu menyebabkan motosikal yang ditungganginya gagal dikawal sehingga mangsa jatuh ke jalan raya lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis juga meminta orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");