Berita Hari Ini

Desak henti operasi 14 hari

KUANTAN – Pengusaha bauksit digesa agar menghentikan operasi mengangkut bahan mineral itu serta-merta untuk tempoh 14 hari.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata operasi pemunggahan bauksit perlu dihentikan segera bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang perayaan ini.

“Saya jangkakan kesesakan akan berlaku bermula hari ini. Jadi saya desak semua lori yang mengangkut bauksit memberhentikan operasi mereka serta-merta.

“Ini sangat penting bagi mengelak berlakunya tragedi di jalan raya dan saya minta agar agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lebih tegas dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta agar kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dan proaktif terhadap isu berkenaan.

Menurutnya, pengusaha lombong juga diminta agar menjalankan kerja pembersihan kawasan sekitar kampung seperti Balok, Gebeng, Beserah serta Bukit Goh yang tercemar teruk.

“Bukan sahaja kawasan di sekitar kampung, tetapi jalan raya di kawasan terlibat perlu di selenggara seperti mana yang dipersetujui oleh pengusaha dengan pihak kerajaan sebelum ini,” katanya.

Adansura memberitahu perkara ini sudah lama berlarutan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab, walaupun bantahan demi bantahan dilakukan penduduk di kawasan sekitar.

“Saya akui penduduk di kawasan itu dihimpit kerenah birokrasi melampau yang dapat dilihat melalui maklum balas pihak yang terlibat.

“Malah mereka menolak untuk mengambil tanggungjawab dengan alasan tiada keupayaan ataupun perlu dirujuk kepada agensi lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau terharu atas keprihatinan Tengku Abdullah terhadap nasib malang yang menimpa rakyat sekitar, yang sehingga kini gagal mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri mahupun agensi penguatkuasaan.

“Saya percaya selepas titah baginda, pihak berkenaan mengambil serius dan menyelesaikan masalah ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");