Jenayah

Kepala digilis lori

GEMENCHEH – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu terjatuh di tengah jalan sebelum kepalanya digilis lori 10 tan dari arah bertentangan di Kilometer 2, Jalan Gemencheh Lama-Batang Rokan, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa, Rogayah Zainon, 44, dipercayai dalam perjalanan pulang dari sebuah klinik swasta di Gemencheh ke kediamannya di Felda Jelai 4.

Menurut suami mangsa, Shahrin Wahab, 44, isterinya pergi ke klinik panel tempatnya bekerja bagi mengambil ubat asma dan kali terakhir dia bertemu isterinya sebelum dia ke tempat kerja pada jam 6 pagi.

“Saya sangat terkejut bila lihat mayat isteri kerana kepala hancur. Permintaan arwah untuk balik kampung saya di Sungai Buloh, Jelebu kerana rindu dengan adik saya tidak kesampaian.

“Dalam tempoh seminggu ni, isteri juga selalu pesan supaya jaga tiga anak angkat kami berusia empat hingga 12 tahun dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan, Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Gemencheh terbabas ke tengah jalan dan terjatuh.

“Dalam masa sama, dari arah bertentangan datang sebuah lori dan bahagian kepala mangsa digilis lori berkenaan.,” katanya.

Untuk rekod, kes kemalangan maut itu mencatatkan kematian pertama di daerah ini dalam Ops Selamat 6 yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");