Sukan Hari Ini

Liga ADTP kekal aktif sepanjang Ramadan

RAMADAN tidak sesekali menghalang peminat setia sepak takraw untuk terus bergiat aktif melalui penganjuran kejohanan yang lebih bersifat santai komuniti pada masa sama membantu golongan memerlukan.

Ini jelas dibuktikan Kelab Masyarakat Bola Rotan (MBR) yang sudah berlangsung hampir lima tahun lalu di seluruh negara dengan penganjuran kejohanan yang diberi nama Liga Air Dicincang Takkan Putus (ADTP).

Lokasi Liga ADTP kebiasaannya akan diumumkan melalui laman sesawang facebook serta Bolarotan.com dengan mengambil kira cadangan peserta yang turut terlibat kejohanan bertaraf liga ini.

Kesemua peserta akan diundi tanpa mengira posisi asal dan sistem mata yang diguna pakai ialah 30 mata dengan tiga kali servis setiap giliran dan format ini diguna pakai bagi memudahkan sistem perlawanan liga kerana biasanya jumlah gelanggang dan masa terhad.

Untuk perlawanan akhir, ia dijalankan dengan sistem 21 mata dan menggunakan bola rotan asli manakala penentuan tempat ketiga dan keempat dijalankan dengan tujuh mata sahaja dan dijalankan sejurus selepas separuh akhir di mana kedua-dua regu masih ‘panas’ dan ia merancakkan persaingan kerana hadiah tempat ketiga dan keempat biasanya berbeza.

Sambutan pelbagai peringkat usia peserta

Edisi Liga ADTP Ramadan Relau 2015 di Pulau Pinang kali ini adalah edisi kedua selepas Putrajaya menarik penyertaan tujuh regu pelbagai peringkat usia sekitar Pulau Pinang.

Ahli Jawatankuasa MBR Pulau Pinang, Rasheedi Rasid berkata, kejohanan bertujuan menggalakkan ahli MBR kekal aktif sepanjang bulan Ramadan selain fokus pada ibadah.

“Malah ia juga perkukuh ukhuwah kerana ahli yang hanya kenal di Facebook MBR mula berpeluang bertentang mata dalam aktiviti ini.

“Liga ADTP kali ini juga bertujuan mengumpulkan dana membantu Adnin Insyirah anak seorang ahli MBR juga bekas pemain apit kanan Perlis, Amirul Izani yang menghidap penyakit jantung memerlukan kos pembedahan mencecah RM60,000.

“Sebanyak RM400 berjaya dikumpulkan pada malam itu dan jumlah keseluruhan dikutip sejak kempen bantuan kewangan ini dijalankan di Bolarotan.com adalah sebanyak RM1,400.

“Meskipun jumlah ini masih terlalu rendah berbanding kos sebenar, setidaknya ini adalah usaha kecil peminat sepak takraw dan proses penggalakan pembinaan masyarakat yang lebih positif dan proaktif atas isu kebajikan,” katanya yang turut mesra dikenali dengan panggilan Bob Mahsuri.

Perlu terus diadakan di setiap negeri

Peserta yang menyertai kejohanan ini, Fikri Sahril menyifatkan Ramadan bukan alasan untuk ahli MBR tidak cergas dalam aktiviti sukan sepak takraw selepas tarawih juga membantu mereka kekal aktif.

“Saya bersama semua permain Pulau Pinang bangga penganjuran ADTP ini selain beriadah dapat juga membantu anak sahabat yang bantuan kewangan.

“Tahniah juga Presiden MBR, Mohsen Amdan dan ahli jawatankuasa bertungkus lumus menjayakan program ini, semoga perbanyakan lagi program amal ini bagi membantu sukan sepak takraw kita dari pupus,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");