Jenayah

Lima lelaki ditahan

KOTA TINGGI – Cubaan dua lelaki berusia 45 dan 48 tahun melarikan diri dari sebuah pondok di belakang rumah Jalan Panglima 4, Bandar Tenggara dekat sini, gagal apabila mereka ditangkap polis dalam Ops Tapis, 23 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu disyaki memiliki dadah.

“Polis menemui tiga paket plastik mengandungi bahan dipercayai dadah jenis heroin dengan berat kasar 105.94 gram dan satu paket plastik mengandungi bahan bentuk kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan berat kasar 2.72 gram serta alat timbang digital disyaki diguna untuk menimbang dadah.

“Kedua-dua suspek mengaku penagih tegar dan pengedar kecil-kecilan di sekitar Bandar Tenggara dan salah seorang suspek mengaku dadah tersebut adalah miliknya yang dibeli dengan harga RM3,000 daripada penjual dadah di Kulaijaya,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua suspek ditahan reman hingga 30 Julai ini dan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, tiga lelaki ditahan di tiga premis dalam serbuan Ops Dadu di sekitar daerah ini, 25 Julai lalu.

Rahmat berkata, operasi dari jam 5 petang hingga 7 malam itu melibatkan kedai di Jalan Hentian Teksi Felda Papan Timur, kedai Kopitiam, Batu 9 Jalan Mawai dan Rumah Kedai Felda Bukit Waha.

“Tiga lelaki berusia 26 hingga 58 tahun ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penjualan nombor ekor secara haram,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");